Friday, April 18, 2008

HUKUM WANITA YANG BERISTIHADHAH, DIKEMBALIKAN PADA KEBIASAANNYA, ATAU DARAH YANG AMAT (MERAHNYA) DIANGGAP SEBAGAI HAIDH

Siti Aisyah r.a telah menceritakan hadis berikut:

أن فاطمة بنت أبي حبيش سألت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت : إنى أستحاض فلا أطهر أفأدع الصلاة ؟ فقال :لا أن ذلك عرق وليس بالحيضة ولكن دعى الصلاة قدر اللأيام التى كنت تحيضين فيها ثم اغتسلى وصلى. وفى رواية: إذا أقبلت الحيضة فدعى الصلاة وإذا أدبرت فأغسلى عنك الدم وصلى. (رواه الخمسة)

Bahawa Fathimah binti Abu Hubaisy Bartanya kepada Nabi s.a.w .Ia mengatakan , “Sesungguhnya aku mengalami haidh dan darahku masih terus keluar, apakah aku meninggalkan solat? ” Nabi S.a.w menjawab, “Tidak, sesungguhnya hal itu merupakan (darah) urat dan bukan darah haidh, setelah itu mandilah kemudian solatlah. Menurut riwayat lain disebutkan, “ Apabila darah haidh dating maka tinggalkanlah solat, apabila telah berlalu maka cucilah darah darimu kemudian solatlah.” (رواه الخمسة)

Keterangan:

Al-Mustahaadhah, wanita yang darahnya terus keluar sesudah habis masa haidhnya yang maksimal. Darahnya terus keluar disebabkan terputusnya suatu urat yang dinamakan ’Adzil. Hukum yang berlaku terhadapnya ialah menganggapnya sama dengan masa haidh sebelumnya. Kemudian ia menjadikannya sebagai sebagai darah Haidh apabila ia ingat masa haidh yang sebelumnya. Apabila ternyata ia lupa kepada masa haidh sebelumnya atau ia belum pernah mengalami haidh sebelum itu, sedangkan darah yang keluar ada yang pekat (tua) dan ada yang lemah (muda), maka ia menjadikan darah yang pekat warnanya sebagai haidh dan yang lemah sebagai darah istihadhah. Apabila darah itu tidak ada yamg tua dan tidak ada yang muda warnanya tetapi hanya satu warna, maka ia menganggapnya haidh selama enam atau tujuh hari.

أستحاض – sedang haidh.
فلا أطهر – tetapi darahku tidak pernah terhenti dan terus keluar.
عرق – darah urat yang terputus disebabkan tendangan syaitan. Hal itu bukanlah darah haidh yang menyebabkan seseorang wanita harus meninggalkan semua kewajipan ibadahnya.

وصلى – kemudian solatlah, yakni sesudah berlalunya masa kebiasaan haidhmu.
إذا أقبلت الحيضة – apabila hari-hari bebiasaan haidhnya datang.فأغسلى عنك الدم – basuhlah darah darimu dan mandilah dengan niat bersuci dari haidh.

Tuesday, April 8, 2008

assalamualaikum...

selamat datang kepada semua..
semoga dengan apa yang ada pada blog saya dapat menambahkan ilmu kita bersama...